mynzm
5Feb/120

Pelaburan KWSP?

Ramai yang bila mendengar perkataan "investment" atau "pelaburan" terus lari or letakkan satu block di minda bahawa benda ini merugikan, tapi lain pula halnya dengan Scam MLM, walaupun dilihat agak tidak munasabah pulangan yang dijanjikan, ramai je yang ambil bahagian, last² rugi, hilang lesap duit.

Kenapa?
Sebab nafsu, cakap duit+kaya laju je nk kejar, cakap investment, mid-term atau long-term, ramai yang tolak, tak menampakan hasil katanya, malah ada yang awal² lagi da menolak sebelum mendengarnya, malah ada segelintir yang mendengar percakapan dari kawan² tanpa menilai terlebih dahulu kebenarannya.

Pelaburan KWSP/EPF?
Sebenarnya duit KWSP Akaun 1 anda boleh digunakan untuk dibuat pelaburan, dan insyaallah ia menjanjikan pulangan yang lebih lumayan berbanding KWSP. Ia sebenarnya menguntungkan pelabur, ini kerana bukan sahaja pelabur tidak perlu mengeluarkan duit, malah berpeluang untuk melabur di dalam equity yang stabil dan tinggi pulangannya. Bagi mereka yang berminat sila emailkan nama dan no talifon kepada saya: masnzm@gmail.com. Insyaallah saya akan menghubungi anda sesegera mungkin untuk temujanji dan penerangan detail.

Antara Isu yang selalu di bangkitkan:

Berapakah kadar keuntungan yang dijanjkan?
Unit trust tidak dapat menjanjikan kadar keuntungan yang tetap memandangkan harga pasaran turun dan naik. Namun apa yang boleh dijanjikan untuk jangka masa sederhana dan panjang (5 tahun keatas), ia akan dapat memberikan pulangan yang lebih baik dan tinggi dari KWSP secara menyeluruh.

Saya perlukan duit KWSP ini untuk mengerjakan Haji.
Sebenarnya, untuk mengerjakan haji menggunakan akaun 1 KWSP, peserta hanya perlu memiliki RM1300.00 di dalam akaun 1 mereka. Dan KWSP juga tidak membenarkan keseluruhan wang itu dikeluarkan untuk investment, maka dengan itu, daftarlah untuk mengerjakan haji dan di masa yang sama melakukan pelaburan, ini kerana pelabur dapat menebus unit mereka pada bila-bila masa sahaja.

Adakah hanya menggunakan KWSP?
Tidak, anda juga boleh menggunakan duit tunai untuk melabur. Atau membuat pelaburan simpanan yang keuntungannya lebih baik dari simpanan tetap, insyaallah.

KWSP saya berkurangan?
Ya, tetapi unit trust anda meningkat.

Filed under: Uncategorized No Comments
18Oct/110

Audit Southern

Hari ni, disebabkan lambat lagi nak tunggu shahrul and paie sampai, so aku pun pergi la lepak ke Ikhwan dulu (actually da budget da diorang akan lambat -hahaha)

Di permulaan cerita, aku ajak azam and shah datang Ikhwan, minum-minum dulu, tapi shah tak bangun tido lagi kot, tak datang pun hahaha. Azam pun turun la dengan si Fazrie, masa tu aku da makan, dua org ni pun order la, azam ngan nescafenya, fazri ngan milo aisnya, makan dua-dua amik roti canai.

Di takdirlan Allah, sampai je roti telor Fazrie ops OMG...boleh lak dia terkejut, habis tumpah air milo kena baju ana yang berwana putih ini.. da hari ini ana pergi audit southern dengan baju bercorak milo... ades....

Tak pe nak g wat audit je

Pujuk hati la kononnya...zzzz

update via Android

Tagged as: , No Comments
1Sep/110

Aidilfitri 1432H

Alhamdulillah walaupun tak balik ke kedah dapat la juga jumpa lontong, rendang dan bahulu. Hahaha....

Namun ketidakjumpaan ketupat yang serasi dengan tekak. Tapi ntah la letih lak beraya sini, nak kata bejalan kesana sini, tak da la pulak, tapi lepas kul 3.00 ptg mesti ngantok.

Beraya sampai kemalam, esok pagi memerut, makan macam-macam sangat, haha...hari ni raya ke-3, insyaallah akan ke rumah Feizal, katanya maknya buat patin masak tempoyak + masakan kampung speacial...huhuhu..lajan..zassss


Abdullah Fakhry Ummi sarapan di pagi raya tengok gelang
28Aug/110

Selamat Hari Raya…

raya-fakhry2

_______________________________________
p/s: tak tahu nak buat apa, hahaha



26Aug/110

Perginya Ramadhan…

Hanya berapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, lambaian Syawal menggamit, hadir meraikan kemenangan bagi mereka yang berpuasa. Namun jauh di sudut hati ini terasa sedikit kekecewaan dengan pemergian Ramadhan, alangkah baiknya jika Ramadhan ini lebih panjang, insya'allah lebih banyak amalan yang mampu dilakukan.

Namun aku juga terfikir adakah aku mampu meneruskan amalan di Ramadhan ini di luar bulan Ramadhan, ya Allah lindungilah aku dari menjadi seperti mereka...HAMBA RAMADHAN.

Ketupat_Raya

Sayugianya disini aku ingin menyentuh sedikit pandangan dari sahabat ku yang aku fikir ada benarnya. Falsafah berpuasa di bulan Ramadhan, hendaklah lewakkan sahur dan segerakan berbuka bila masuk waktunya. Kenapa begini? Sekiranya kita berpuasa untuk menahan lapar, bagi mengingati mangsa kebuluran seperti di afrika sana, bukankan lebih baik waktu berbuka itu dilewatkan? Tetapi kenapa Allah sunatkan bersegera berbuka?

Ini kerana apabila kita melakuakn sesuatu amalan itu berterusan, as a routine, Insyaallah ia menjadi kebiasaan dan kita tak terasa pun, hinggakan sekiranya tidak bersahur juga mampu untuk berpuasa seharian.

Daripada Sahl bin Sa'ad , Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:" Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka mahu menyegerakan berbuka." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Zaid bin Tsabit RA, ia berkata, "Kami pernah sahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk mengerjakan shalat. Anas berkata kepadanya: "Berapa jarak waktu antara keduanya?" Zaid berkata: "Jaraknya sekitar bacaan lima puluh ayat." (HR Bukhari dan Muslim).

Hasil dari perbincangan, Islam menyarankan kita berbuat demikian kerana ia sebenarnya adalah program yang disusun oleh Allah. Dengan kata lain sebenarnya keseluruhan hidup ini adalah program yang di susun oleh Allah, dengan itu sewajarnya kita mengperhambakan diri kepada Allah. Seperti firmannya di dalam Al-Quran

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Mafhumnya: Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk berubudiah kepada Ku.

Dan sesungguhnya bulan Ramadhan ini merupakan bulan tamrin, dan Syawal adalah sambutan kemenangan sebulan kita bertamrin di bulan Ramadhan. Seharusnya kita mempunyai rasa yang berbeza dari tika sebelum masuk bulan Ramadhan ini dan selepas melaluinya. Dan semoga Allah memberkati dan menguatkan kita untuk terus beriltizam dengan amalan di tika Ramadhan, dari segi solatnya, al-qurannya dan lain-lain. Wallahu'alam.

_______________________________________

Al-Quran: Al-Dzariyat:56